Posted by : Unknown
Sabtu, 02 Februari 2013
RAHASIA AMALAN WANITA SOLEHAH
1. Mendirikan solat
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.
2. Menjaga solatnya
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.
3. Bersyukur dan redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.
4. Selalu bersedekah
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allagh S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.
5. Menjaga maruah diri
Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya melakukan maksiat dan perbuatan keji.
6. Takut murka Allah
Wanita solehah sentiasa patuh kepadaajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hambaNya.
7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.
8. Pandai mengaji Al-Quran
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quraan ibarat sebuah kubur.
9 Tips Menjadi Wanita Muslimah yang Cantik
1) Jadikanlah ghadul bashar (menundukkan pandangan) sebagai celak bagi kedua belah alis mata kita. InsyaALLAH, pandangan visual kita akan menjadi makin jernih dan bening.
2) Oleskanlah lipstik kejujuran dan kebenaran (al-haq) pada ulasan bibir delima kita. Insya-ALLAH, ukiran senyuman kita akan bertambah manis dan dihargai sesama.3) Bedakkanlah raut wajah kita dengan kosmetik yang berasaskan malu dan keadaban.
InsyaALLAH, kesederhanaan lahiriah yang kita biaskan itu akan menyejukkan mata yang memandang.
5) Rawatkanlah rambut kita dengan hijab ISLAMI. Insya-ALLAH, ia akan menyelimuti azaraul jasad sang hawa daripada menjadi mangsa kerakusan insan yang terlepas daripada tambatan
keimanannya.
6) Sarungkanlah kedua-dua belah tangan kita dengan gelang sedekah dan jari-jemari kita dengan cincin ukhuwwah Islamiyyah. InsyaALLAH, kelak kita akan temui warga Sholihin yang nilai nya melampaui segunung emas permata.
7) Alunkanlah kemerduan dan kesyahduan suara kalian dengan tilawatul Quran dan zikrullah.
InsyaALLAH, berkat kekhusyukan dan penghayatan, hulwatul Iman akan dikecapi ruh kita sebagaimana lidah merasakan kemanisan makanan.
8) Luruskanlah postur tubuh badan kita dengan ketulusan dalam menunaikan solat dan pengibadatan kepada Yang ESA. InsyaALLAH, takkan DIA sia-siakan keikhtilasan atau keikhlasan atau keistiqomahan kita dalam mencari keridhoan-NYA.
9) Hembuskanlah nafas taabud wa taqarrub ila ALLAH S.W.T. ke dalam ruh dan sanubari kita. InsyaALLAH, selama itu takkan kalian rasai ketandusan kasih sayang maupun kegelisahan dalam kehidupan.
adopted from :
http://johneox.wordpress.com/rahsia-amalan-wanita-solehah/
http://kikilindayani.wordpress.com/2012/02/23/9-tips-menjadi-wanita-muslimah-yang-cantik/